Monday, April 16, 2012

Hari Tibanya. . .

Assalamualaikum,

It's quite long, tak update blog ni kan. Mana taknya, minggu minggu kepada final exam. Lecture masing masing sebuk suruh perah otak dengan test dan quiz. Memang terbaik lah, kawan! Nak dipanjangkan cerita pada 5hb April 2012 lepas. Kelas aku ada buat last dinner untuk menghayati sisa - sisa terakhir di semesta 6 ni. Masquerade Dinner.

Malam yang memang benda wajib kena pakai, Masquerade. Vogue habis kut. Dinner class yang mungkin lah juga jadi kenangan manis. Masing - masing semua ta hengat nak lawa kan.Termasuklah Incik Nureese. Cakap pun tak guna. Meyh lah saya jamu kamu all gambar gambar yang tak seberapa ni ya. FYI, that day aku siap dapat anugerah lagi tau. Bukan calang calang dapat anugerah tu. AW AW AW





Duduk satu table dengan kawan terbaik semesta ni. Kawan paling best sakat. Mohd Tokan namanya.

Ni pula kawan duduk sebelah. Madah semua subjek semua duduk sebelah dia. Lepas tu result quiz dengan test lebih kurang je. HAHA

Rasanya gambar ni sudah cukup nak menceritakan segalanya. Bila lagi lah kita nak bersama lagi. Lepas tu tak ada gaduh gaduh lagi. Terover lak rasa.EKEKE
OKBTSM

Saturday, April 7, 2012

Coming Soon

Nantikan hari malam Masquerade Dinner class Incik Nureese.

Tuesday, April 3, 2012

Utusan Teman

Dia jenguk sebentar, hanya seketika. Tiada persamaan dari fizikal. Berlainan jantina mungkin. Persamaan ketara yang dapat digambarkan hanya dilahirkan pada hari yang sama. Luahan hati kadang - kadang perit. Tapi dia, kawan ku, Seorang piatu di perlakukan sebegitu rupa. Mungkin bagi mereka tiada ungkapan maaf memafi antara satu sama lain. Perasaaan menindas mungkin menjadi agenda yang penting bagi membuat si dia berasa sendirian dan serba salah. Pernah di tanya bagaimana menjadi piatu. Perasaan kehilangan kadang - kadang perit. Tempat yang sepatutnya luahan segala masalah hilang. Hilang buat selamanya. Tapi si piatu membuat ku semangat. Walau ketiadaan insan yang bergelar ibunda tetapi dia tetap kuat. Menjadi bualan setiap orang tiap kali melihat perubahannya. Perubahan yang mungkin agak ketara, perubahan yang mengajar dirinya menjadi insan yang lebih baik. Tetap menjadi bualan orang ramai, kerna pelik. Sebabnya sebelum ini dia lain, seorang ceria, banyak mulut. Menjadi senyap. Jelas ku tertanya di dalam hati, kami tak rapat. Melihat dirinya sebegitu rupa. Luluh terasa di jiwa.



Kekuatan di sampaing kawan - kawan sekelilingnya yang menganggap dirinya jahat. Manusia sering melakukan dosa. Tetapi perlukah semua ini di pahat sekuat kuat nya di dalam hati. Tanpa memberi ruang untuk memaafkan. Mungkin kesilapan berbual rahsia antara insan yang salah menjadi dia di tindas sebegitu rupa. Anggap semua ini ujian yang perit selepas kehilangan matahari dalam keluarga. Matahari yang sangat penting untuk bumi bagi menerangi bumi. Tapi malap ketika umur 13 tahun. Ku harap kau tabah. Anggap ruanggan di blogku menjadi tatapan bila terasa diri kehilangan. Mereka hanya menindas. Tuhan yang satu sentiasa ada. Orang yang dianiaya sentiasa doanya di makbulkan Allah lagi lagi anak si piatu. Ingat lah teman. Terima kasih. :)