Sunday, March 13, 2011

Rumah Banglo Taman Rinting hilang Tiba-Tiba!

Assalamualaikum. peeps!

baru balik dari siar siar jalan tadi dengan member. alami pengalaman hampir twice nak accident. haha. tapi dia cool. pemandu cekap kan. sambil sambil melayan lagu Christina Aguilera - Castle Walls! tiba tiba dapat ilham pula nak buat entry hantu lagi. cesyh! mesti ada sesetengah naik menyampah kan. tapi bialah. mulut orangkan. haha. ni pun update sebab ada seorang mamat beriye suruh update pasal misteri misteri lagi. so here it is!

cerita kali ini pasal sebuah rumah banglo. mewah. lesap. silang. hanya tinggal tangga dan gate rumah saja. banglo yang baru disiapkan. hilang. jeng jeng jeng. sebelum tu. mesti tertanya tanya dekat mana ya Taman Rinting tukan. dia dekat Area Jb! hehe. okey! mana lak hilangnya. okey meyh lah aku preview sikit gambar banglo yang hilang tu!

Ni gambaran dari satelit. time ni tinggal tapak je. tapi sekarang kawasan uma banglo tu telah buat kuil pada 8 Februari 2011. baru je lagi. mau tenguk kuil nye gak ke. meyh lah review cikit. hish. polek polek je. kite tenguk dari satelit ye. jauh tau pic ni. terpaksa naik angkasa. print out dekat atas sana. hah! ni lah gambar kuil setelah disiap bina!

mesti korang korang tertanya tanya kenapa rumah besar tu boleh hilang kan. macam pelek je. yang peliknya. tinggal tanga dengan marmar rumah tu je. yang dinding, bumbung rumah tu semua hilang. tak pelek ke tu. okey lah. meyh dengar versi cerita ni macam mana boley hilang banglo mewah di Taman Rinting ni.

versi pertama:

ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu utk dapat duit dgn senang. duit yang didapati tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun.. tetapi duit yang diperolehi itu dengar citer berjuta or beribu wallahualam digunakan sebahagian untuk perjudian. anyway setelah langgar perjanjian. rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. maybe orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nih. dah hidup kat alam sana bersama orang orang bunian. wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

versi kedua:

menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia buat rumah besar2 dgn menggunakan harta anak yatim tersebut.

versi ketiga:

banglo ni di katakan hilang pasal ada sorg sami buddha ni nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul2.. haram x? nak jadi David Copperfield pun agak2 la..

cerita pasal banglo hilang tu pernah masuk surat kabar Harian Metro tau. haha. jangan main main. hihi. security dekat sana memang kawal ketat kawasan rumah tu. kereta lalu saja habis di halau. gila. chi sing! haha. plus. cerita ni pernah masuk Mastika juga tau. Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat ni nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi 1 mimpi yg sungguh misteri. dalam mimpi itu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut sebuah gate yang besar... mcm gate banglo.. di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan..

mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju gate tersebut.. yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada 3 org ahli mereka secara serentak! seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jgn ke rumah tersebut.. orang tua itu berada di hujung simpang.. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka melupakan saja hajat mereka utk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut.

jiran di sebelah rumah banglo yang hilang tu pon pindah. seriau katanya. haha. tatahulah. seram lah agaknya. rumah dia tenguk depan mata naik. tiba tiba hilang. haha. tapi peliknya. kenapa tangga ta hilang sekali ya? macam pelik je kan. okey lah kawan kawan. sampai sini saja lah. ibu dah nak ajak pergi dinner ni! bye. see another entry ya!

14 comments:

  1. taman rinting? Sy ade membe yg duduk kt sana...

    ReplyDelete
  2. owh really, tu lah. try tanya member. betul ke umah banglo tu hilang! hehe!

    ReplyDelete
  3. nak kene sepak laju laju apa!! grr!

    ReplyDelete
  4. pelik apanya. tapi memang pon. hahah!

    ReplyDelete
  5. lah takut ke. rumah je hilang. haha! jgn wisau. bf you ta hilang pon. haha! kidding!

    ReplyDelete
  6. hey idiots don't u ol hv brains??i'm staying in tat houz..n i'm still alive...tiz is my houz n u idiot dun hv any rights to do tiz ..u ppl r brainless
    ....everything above tiz is FAKE! brainless,useless idiots r still living in this 21st centy..go get a life.. wait n c wt i gonna do!!!!

    ReplyDelete
  7. Btul tu akak ari ari anta ank g skolah ikut jln banglo tu.ari2 gaklh tgk bnglo gaib tu,kiri kanan bnglo mewah tp tgh2 lopong cuma ada gate lantai dn tanga je.seram lalu ctu klu aqaq tpndang.rmh aqaq dgn bnglo tu xjauh cuma trpisah leh pokok2 rimbunje.klu nk tgk kna kua ckit kt jlnrya.klu tgk sblh rmh bnglo 2 ada ptung hindu bsa sgt cam nk mkn org je ptung tu.klu xcya korang lalu ctu renung ptung hindu tu semenit je....

    ReplyDelete
  8. hmmmmmm??? musykil...tu cik anon kt atas tu pehal dok ngamuk??? umah dy katenye..da sah2 org nengok lopong kosong kosong kosong.....bak lagu najwa latep...lol...

    ReplyDelete
  9. boleh tak kasi alamat penuh rumah yang hilang tu? email sy ninajuhari@gmail.com

    tq :) saya sedang mengkaji..

    ReplyDelete
  10. rumah tu pakai teknologi pasang siap,owner die pindahkan sebab tu tinggal tangga ngan lantai je.yang tu jiran die cakap pindah aku duk tak jauh dari rumah tu,hari-hari aku lalu depan rumah tu

    ReplyDelete