Wednesday, May 4, 2011

Semua Pasal Karak!

Assalamualaikum, peeps!

rindu sama member member blog! lama rasanya ta luang kan masa dekat blog nih. okey okey nureese akan kembali aktive lepas ni. yes! yes! haha. nureese rasa kali ni, nureese nak cerita cikit pasal HIGHWAY KARAK. sapa pernah lalu situ. best ta! ada apa ae. apa yang korang nampak. highway karak tu yang ada accident tu kan. haha. yang bas terbalik tu kan. kenapa highway tu keras ae. haha. banyak tertanya tanya kan pasal highway karak tu kan.

nureese nih ta pernah pon lalu sana. tapi mmber mmber dan info yang nureese boleyh percayai. nureese KONGSI dekat blog nureese yang sepi menjak menjak ni. okey okey. korang tahu pasal apa je tentang highway tu. okey okey nih. info tentang highway karak tu.

Misteri Volkswagen Kuning. Sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam. Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Di sakat hantu Penanggal. yang mengganggu penunggang motosikal. lebih mengerikan. penanggal yang tiada tubuh itu masuk kepala dia ke dalam raga motosikal. bayangkan. segala urat dan ususnya itu berlambak di dalam raga tersebut. Lidah yang terjelir dari mulutnya mengeluarkan cecair putih yang menjijikkan. Lidah itu sekejap terjelir dan bergulung. Dari lubang mata yang terlopong, turut melihat deraian ulat yang jatuh di atas tangki minyaknya. Manakala di lubang telinganya pula keluar lelehan darah dan nanah. leih 20minit kemudian. igauan penanggal tu hilang. bersama ulat ulat yang jatuh di dalam raga tersebut setelah bacaan suci alquran di baca. ngeri nye! bayangkan kita tengah ride moto. penanggal duduk dalam raga. ta peranjat. haha!

Kakak cantik ganggu pemandu lori. nih lagi cool. akak tu saja je kan duduk atas bumbung lori tu pose ta ingat. tiap kali orang passed through lori tu. buat isyarat tangan tunjuk keatas. so pacik bawak lori tu heran lah kan. ingat amender. banyak juga kereta lalu dari arah depan buat sign tangan tunjuk atas. then pakcik lori nih pergilah betul kan side mirror dia tunjuk arah ats kot kot boleh tenguk. sekali tenguk akak cantik dekat atas. berkumat kamitlah pakcik tu. demam seminggu pakcik tu. fulamak gila seyh!

Banyak lagi sebenarnya cerita pasal hantu karak nih. hantu karak seyh. ta tahan. kalau korang perasan lah ada 2 selekoh yang sebijik sama tau. Selekoh yang paling tajam disepanjang jalan ini dan agak mendaki. Kalau lori lalu, kita kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepadanya. Sejarah mengenai jalan ini kurang jelas pada saya sebab orang kata jalan ni jalan lama, masa zaman jepun dahulu. okey lah. cukup lah entry nureese pasal karak nih. ahh! movie KRU buat pasal KARAK. nak keluar kan. moh lah tenguk ramai ramai. hehe! k tunggu entry nureese akan datang k. choe!

4 comments:

  1. Sebelum nih aku x tahu menahu pown pasal kes2 sensasi kt karak nih....pas2 geng aku nampak volkswegan kuning tu kat karak....sebijik macam ko cita...

    ReplyDelete
  2. volkswegen kunin' ni biasa dengar..

    ReplyDelete
  3. alahai..lagi 2 minggu nak balik n kemungkinan lalu highway karak..mcm2 pulak dgr cerite seram highway karak ni..ngeee

    ReplyDelete
  4. karak biasalah..tempat jin bertendang tu..

    ReplyDelete