Haii. Haii. Haii
Malam - malam macam gini kalau ada Hot Chocolate pergh sedapnya lah kan. Nak buatnya malas tapi teringin nak minum. Dengan keadaan bahang panas malam yang sangat - sangat lepas tu dengan tahabis - habisnya di playkan lagu "Liyana Jasmay - Cinta Bersatu". Lagu yang entah berapa banyak kali di ulang nya dari pagi. HAHA. Irritating je kan. Okey seperti yang telah dijanjikan dekat entry yang lepas kan, Lukisan incik nureese tu,kan. Tapi seriusly jangan gelak. Dah lah ta lawa. Tapi hanya nak memenuhkan saja. HEHE
Ni antara cerita kegemaran I lah dengan keadaan dekat kedai yang macam best lah. Ni antara dialong dalam komik yang aku lukiskannya.
"Kenapa awak takbalas semua surat surat saya semasa saya dekat France. Tak pernah sekali pun saya dapat surat dari awak. Awak tahu tak apa saya asa"
"Masa awak pergi dulu senyap - senyap je. Tak ucap selamat tinggal pun. Masa tu cuba awak fikir apa yang saya rasa"
"Masa tu lain, saya kecil hati dekat awak. Tapi saya mintak maafkan ada dekat dalam surat surat tu. Saya tulis banyak kali."
"Kadang -kadangkan Jack. Ada benda kita tak perlu tulis dalam surat je. Kita kena cakap sendiri, berdepan. Macam sekarang ni."
"Saya mintak maaf apa. Siap berdepan lagi. Tapi awak still tolak cinta saya"
"Itu bukan awak mintak maaf, itu awak paksa saya untuk terima cinta awak. Lepas awak tak diterima terus awak lari ke France. Awak tinggalkan berbulan, bertahun. Sekarang awak balik nak mempersoalkannya semula"
"Jack, dulu kita ok tapi sekarang awak ubah segalanya"
"Saya ubah sebab awak yang berubah. Memang terbukti apa yang saya cakap dulu... Betulkan awak masih cintakan Reyse. Dan sekarang awak nak berkahwin dengan dia... "
" Memang saya akan berkahwin dengan Reyse. Sebab itu jodoh saya, Jack. Kalau kita ada jodoh. Semua ini takkan terjadi... Ini semua takdir."
"Awak jangan nak salahkan takdir. Kalau awak tak cintakan saya..."
"Jack, walau apa pun terjadi. Awak tetap kawan saya dunia akhirat. Saya sayangkan awak tapi cinta tak boleh dipaksa. Jack, kalau awak tak boleh terima semua ini. Terpulanglah kepada awak.."
"Saya balik dulu..."
.....................................................................................................................................................
Kisah ni pula pasal kawan culture shock lah. Then terima balasan di dunia juga. Nak cerita panjang ke. Macam gini lah kisahnya.
"June, badan kau panas ni, aku panggil doktor kejap"
"Min, jangan aku ada ubat sendiri"
"Hish! Aku risaulah tengok kau ni, June"
"Min, doktor dah sahkan penyakitku, sebab tu kau tak perlu panggil doktor"
"Apa kau cakap ni. Tak paham"
"Cuma aku nak mintak tolong dekat kau... Tapi jangan bagitahu siapa - siapa, ya?... AKU ADA HIV POSITIVE"
"Ini semua balasan untuk dosa - dosa aku yang lepas, Aku redha, Min..."
"Ya Tuhan, Betul ke June. Banyakkan bersabar"
"Dan kiranya aku ada peluang, aku nak jumpa sangat ibu aku.. Aku banyak dosa dengan dia."
"Min, konon umur aku tak panjang, tolong uruskan jenazah aku balik ke Malaysia, ya?"
"Haey, kau cakap apa ini.. Aku tanak dengar semua tu."
"Janji dengan aku, Min.."
"Baiklah, June. Aku janji..."
"Janji ya. Min"
*Berakhir dengan mereka peluk antara satu sama lain sambil menangis. T___T
Nampaknya sampai disini saja lah kan. Okey ta. Selebet je kan rasa lukisan tu. Lagipun bukan nak publish jadi komik pun. Okey lah OKBTQSM :)
No comments:
Post a Comment