Saturday, March 12, 2011

Siapa duduk JB tahu Kemayan City?

Assalamualaikum, little fella,

i've woke up, actually. magrib magrib baru bangun. elok sangat la tu kan. haha. then tiba termenung termenung kejap. tibe tibe teringat shoping complex yang dekat area JB tu! bukan nak pergi sebenarnya. tapi kenapa terbengkalai.? di biarkan macam tu saja. okey okey. for those yang duduk JB mesti tahu punya Plaza Kemayan, Skudai. Plaza yang penuh tanda tanya kan. okey lah review lah cikit gambar Plaza tu. haha. mesti tertanya tanya kan.

ah ini lah rupanya, plaza ni sepatutnya siap pada tahun 1998, tapi disebabkan ekonomi tak betul. jadilah macam ni, sampai laa ni! mesti heran kenapa aku cakap Plaza Kemayan ni berhantu. okey okey.

cerita hantu pertama:

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Duit-duitnya lesap begitu saja. bila dilihat semula barangan yang dibelinya di but kereta. tiba-tiba semua nya dikutip hanya daun - daun kering. sampah-sampah. duit nya hilang begitu saja.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk"
korang tahu lagi tak. sebenarnya, di plaza tu juga pernah berlaku pembunuhan di Kawasan tempat letak kereta Aras 3 Kemayan City.

pihak polis telah menerima maklumat bahawa seorang lelakiMelayu telah ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan di Tingkat3, Kompleks Kemayan City Johor Bahru. Identiti si mati telahdikenalpasti sebagai Mohd Rahim bin Mohamad.
ramai yang cakap pada waktu malam. kalau terpandang di dalam Kemayan City tu akan terlihat ramai orang berpakaian serba putih. haha. menyeramkan je. tetapi, dalam kes ni. yang sesiapa duduk area dekat dekat susah kena. selalunya. warga singapore, kedah, perlis. haha. yang selau kena. so sesiapa suka shoping. pergi lah sana. denga cerita. harga dijual murah-murah. hehehe. okey lah kawan kawan, mahu mandi ni. see me another entry ya! see ya!

5 comments:

  1. aku tak pernah dengar pulak wujud kemayan city ni. nama pun dah seram dah.

    ReplyDelete
  2. ader maser nk dtg sana.. nk mnyaksikn dengan mata kepala aku sndiri mnde2 mcm nih.. heheh

    ReplyDelete
  3. lu nak pegi ke. pergi la. shoping sekali. haha. tade apa pon. pergi pagi bukan ada apa apa pon. "hantu" lain je banyak. kalau malam barulah banyak hantu real!

    ReplyDelete
  4. penah gak dgr cite psl bgnan ni..nama die kemayan city upenye..ooo..leh jd sarang penagih klu biar lame2..

    ReplyDelete