Saturday, May 14, 2011

Ceritera Cincin.

Assalamualaikum, peeps!

Segelas air nescafe cantik di letak sebelah lappy. Hiruplah sedikit air barulah dapat feel nak update blog. Berjam lamanya tadi blog ni tak boleh buka, disebab upgrade agaknya. Ehem ehem. Kedengaran sayup- sayup lagu ni yang buat menaikkan lagi feel nak menaip. Ye, tidak?

Utopia - Benci (Ballad)

Sementara mendownload cerita Vanishing On 7th Street yang baru saja download nya. Tapi bukan tu yang aku nak ceritakan. Hal yang aku anggap ianya lebih kurang rahsia. Tetapi buat pertamakali lah. Aku ceritakannya aku dengan si-rahsia. Ehem ehem. Bismillahirrahmanirrahim terebih dahulu. Ceritera mengenai kehilangan cincin kami, yang bermula apabila aku secara tiba- tiba dapat massage dari si-rahsia. Ye, aku mengaku aku jarang untuk berbalas massage. Sewaktu tu aku sedang bersama kawan- kawan aku dilokasi Pasar Karat. Of course, Jb. Cincin kami yang terukir di dalamnya nama kami. Ye nama kami. Pemberian semasa semesta 1.

Sekali lagi aku mengaku, kami sangat- sangat jarang massage. Sekiranya perkara yang betul- betul penting. Barulah kami massage, so mengenai cincin kami yang hilang yang sememang nya punya pasangan. Satu pada aku dan satu lagi pada si-rahsia. Cerita sebenar bermula apabila cincin punya si-rahsia tercicir, terus massage aku menyatakan benda tersebut. Tersentap juga bila dia cakap begitu. Dia massage agak panjang, mohon ampun maaf segala. Aku senyap. Lagipun cincin tersebut pun pemberian dia.

Kalau difikirkan balik lebih kurang 2 tahun usia cincin tu. Dia rasa kesal sangat mengaku kesalahan dia yang dia tercicir cincin tersebut semasa di atas motor. Kondisi cincin milik ku cantik lagi, tersimpan rapi di laci. Aku amat menghargai setiap pemberian dia. Tapi benda dah lepas, hilang. Memang tak baik nak diungkit, Dia ada juga cakap buang saja cincin punya aku. Sebab pasangan nya hilang. Aku kata tak perlulah, simpankannya buat kenangan saja. Even pasangannya entah kemana.

Terkenang semula apabila update entry ni, kami mula kenal semasa Semesta 1. Kenal dari kawan punya kawan. Teringat pula makan semasa semesta 1 di KFC. Kelakar sangat. Serius kelakar sangat. Rasa tak perlulah nak cerita kan. Masuk semesta 2 kami hilang antara satu sama lain. Agak lama tak contact satu sama lain. disebabkan ego masing masing. Dari situ kami jarang sangat sangat massage. Kami dapat rasakan semesta 2 paling jarang kami contact.. Tapi biarlah. Semua tu pun dah berlalu. Kami pun masing- masing di Semesta 4.

Sewaktu kami di semesta 4 juga kami jarang sangat massage. Aku tak kesah sebenarnya, sebabnya aku tak suka mengongkong seseorang yang bukan semestinya bukan milik kita yang betul. Jadi biarkan saja dengan hidupnya janji jangan berlaku sesuatu yang tidak baik. Itu aku sangat-sangat marah. Semestinya aku segan dengan dia, kerna dia lebih bijak berbanding aku. Haha. Mendayu dayu pula dengar lagu ni. grr!

Tarzan Boyz - Tunggu Aku Di Syurga

Segan pula cerita kisah si-rahsia yang sepatutnya menjadi rahsia sekarang tidak lagi digelar rahsia. Oke oke. Kelakar kan rasa. Pernah juga dulunya si-rahsia mengajak aku balik bersama ke JB. Aku enggan disebabkan malu apabila member melihat. Aku tahu perasaan si dia time tu. Tapi.. Maafkan aku ya. Cukup- cukup lah sampai disini. Melalut sangat- sangat. Segan pun ada. Jadi begitulah kisah ceritera cincin si-rahsia. Harap selebihnya cerita menjadi rahsia kami saja. Okey lah tunggu lah ye entry nureese yang baru. By bye!

No comments:

Post a Comment