Sunday, August 12, 2012

Happy Eid Mubarak

Assalamualaikum, peeps.

Sudah ke 23 Ramadan kali ini. Tak lama lagi dah nak berhari raya. Bercakap pasal Hari Raya, macam mana persiapan. Lahai mesti dah beriye baju Raya semua kan. Resz tahun ni bersahaja je. Pakai saja baju lama, ada Resz kesah. Mana taknya baju melayu tu berapa kali lah sangat pakai kan. Cantik lagi. Tahun ni keluarga Resz beli baju raya baru, Tapi Resz je tak. Sebab malas nak pergi, dengan sesak orang yang sebuk nak bershoping juga tu. Resz banyak baju kemaja sahaja, memang tidaklah nak beraya rumah orang pakai baju melayu. HAHA.

Tahun ni kami satu keluarga decide beraya di kampung, sebelum ni beraya dirumah je. Kami mungkin balik pada hari sabtu tengahari disebabkan KakLong Resz masih bekerja lagi. So time tu je yang sesuai nak balik. Ayah dan Ibu mungkin dahulu sampai ke kampung. Resz dan kaklong akan kemudiannya, at first macam malas nak drive jauh- jauh even tak lah jauh dekat Muar je. Tapi bosan nak drive lagi lepas tu perut yang lapar. Mengada je Resz ni. Apa- apa pun wish sangat- sangat masa Resz balik ke kampung nanti tak jem lah gamaknya.

Bercerita pasal baliknya pula. Resz mungkin akan balik seconds raya dan time tu Resz rasa heaven sangat- sangat. Dekat kampung bosan, tenguk cousin kecil- kecil je lagi. Yang besar- besar buat hal sendiri. Kalau jadi Resz ni memang nak online je selalu lagi best tapi the most pathetic is, kampung Resz ni jauh kedalam, Memang idak lah internet nak dapat, Harapan tinggal impian je. Tu yang Resz ta gemar sangat duduk kampung. Oke fine. Resz bukan tak gemar, cuma duduk sana jadi buntu.

And yang gembiranya bila di kampung ni, Resz suka buat hal sendiri dalam bilik. Malas nak bebual sangat sebab kalau korang kenal Resz ni. Resz jenis suka bersendiri dan paling tak suka bila orang agak crowded. HEHE. Kadang- kadang cousin Resz yang sebaya Resz akan ajak round bandar Muar, tapi tatahu lah raya tahun ni. Tapi usually dia akan ajak punya selepas bermain bunga api dengan mercun.

Talking bout mercun dengan bunga api. Kita orang suka bermain perang mercun dengan rumah depan. Masing- masing tanak kalah. Bunyik nak kuat je semua. Yang Resz punya sedara ni ayah nya polis. So seronok lah dia dapat mercun bunga api free. Tapi Resz ni kurang sikit kalau bermain bahan letupan. HEHE. Apa- apa pun Resz nak ucapkan awal- awal Selamat Hari Raya. Mana taknya asyik update blog pasal lukisan je. Kali ini Resz tulis panjang lebarnya tentang raya Resz :)

OKBTQSM:)

6 comments:

  1. Slmt Hary Raya gak Resz,Mf Zahir&Batin,,,Nak duit Raya ye,,,Post je^__^

    ReplyDelete
  2. happy eid mubarak resz!!sama la perangai awk ngan abg hana..dya xnk baju2 raya ni sebab mals nak kuaq beli..tapi kalau mak bli, dy amek ja..x kesah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, resz sempoi. tak reti nak bergaya. haha. lagi elok. cakap abang kita serupa :)

      Delete